http://login.totalweblite.com/twl_v3/analytics/edit_analytics.asp?wiz=#

POKOK NILAM & KELEBIHANNYA

Lokasi : Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak





Kelebihan wangian kami yang tahan lama dan beraromaterapi kerana Minyak Nilam yang bertindak sebagai bahan pencampur dan pengikat wangi-wangian.Fungsinya macam AJINOMOTO dalam masakan

Pokok Nilam

 

 

Nama Tempatan: Pokok Nilam
Nama Saintifik: Pogostemon cablin benth.
Nama Lain: Patchouli
Famili: Labiatae/lamiacea
Lokasi dijumpai:
Asal: Nusantara Tanah Melayu

keterangan:

Info from
Tanaman nilam dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.
Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.  Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.
Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.
Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi.  Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.
Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus.  Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.
KELEBIHAN
Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam. Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil� di pasaran antarabangsa.
Antara bahan kimia yang terdapat dalam �patchouli oil� termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan �patchouli alcohol�. 
Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. 
  Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga. Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan
 

kegunaan:

Dalam perubatan tradisional nilam digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk dan asma. Ia juga digunakan sebagai penawar kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya). Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum.Ia juga digunakan sebagai penghalau kupu-kupu (moth) dibeberapa negara di Asia.

Beri Ulasan Anda

 


Ulasan pembaca


Orang2 tua dulu menggunakan daun ni untuk mewangikan pakaian selepas dibasuh (daun diramas2 pada bilasan terakhir)
~zety33@yahoo.com

Pokok nilam dalam simpanan saya. dah menanamnya selama hampir 2 tahun
~Noraida Arifin

NYAMUK, lalat, tikus, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita.
Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.

Pelbagai cara diamalkan untuk menghapuskan kemunculan serangga, namun cara yang paling lazim adalah menggunakan racun pemusnah serangga yang dijual di pasaran.

Walaupun penggunaan racun serangga itu memang berkesan, tetapi biasanya ia hanya sebagai langkah sementara dan kesannya hanya untuk jangka masa yang singkat.

Bagaimanapun, mungkin ada kalangan kita yang menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan makhluk perosak tersebut.

Antaranya adalah pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak.

Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam di kawasan kampung.

Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak.

Ia seolah-olah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.

Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan rumah kita busuk dan kotor

, katanya.

Malah jelas beliau, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita.

Tajuddin berkata, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik.

Selain itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi

, katanya.

~keratan akhbar Mingguan Malaysia

157169 Visitors157169 Visitors157169 Visitors157169 Visitors157169 Visitors157169 Visitors157169 Visitors
http://www.halalbestari.com